Thursday 3 July 2014

Bistro kami lain dari yang lain!

Hye peeps!
Bistro MAEPS yang dulunya lebih dikenali dengan nama 'Steamboat MAEPS' kini berwajah baru! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai pilihan makanan di Bistro MAEPS ala buffet. 

Kami menyediakan pakej menarik untuk breakfast dan lunch dengan pilihan makanan kegemaran Malaysia dari jam 7 pagi-3 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. 


Breakfast di Bistro MAEPS

Sebelum mulakan hari anda yang sibuk ayuh bekalkan tenaga dengan bersarapan bersama kami. Kami menyajikan menu sarapan kegemaran Malaysians seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng, Bihun Goreng, Mee Goreng dan lain-lain bermula
jam 7 - 11 pagi.


Lunch di Bistro MAEPS

Bistro menyediakan pelbagai lauk pauk istimewa seperti ikan bakar Pak Bidin, asam pedas pari mama, kari ikan, sup tulang, kurma daging, ikan keli berlado Mak Munah, sambal udang, sayur-sayuran, ulam ulaman, sambal belacan dan banyak lagi yang tak mampu kami senaraikan di sini. Singgah makan tengahari di Bistro kami dari jam 11 pagi - 3 petang.

Steamboat Istimewa

Serikan malam anda bersama orang-orang tersayang dengan mencuba pakej buffet steamboat istimewa di Bistro kami. Pelbagai jenis makananan bermula dari makanan laut, bebola-bebola yang menyelerakan, sayuran, ais krim, rojak, ais kacang dan pilihan minuman yang menarik disediakan untuk anda dari
jam 5.30 petang -10.30 malam.


Usah risau kerana kami mampu menampung sehingga 700 orang pengunjung dalam satu masa. Bistro kami mempunyai pemandangan yang tenang dan indah di tepi tasik berserta perkhidmatan surau dan ruang parking kereta. 



Hubungi kami untuk tempahan/walkin:
016 390 2410
013 215 5970
014 733 3214
012 232 28862
@
https://www.facebook.com/steamboatmaeps

No comments: