Thursday 3 July 2014

Pembaziran itu amalan syaitan

Salam semua... semoga di rahmati allah semua hendaknya... di sini admin ingin memperingatkan kepada semua pengunjung maep bistro yang budiman... tempoh hari admin amat bersyukur atas sokongan dan berterima kasih di atas kunjungan anda semua.. namun admin sedikit terkilan dengan segelintir pengunjung yang mempunyai sikap tamak dan suka membazir... maafkan admin kerana menegur.. namun ini kerana tugas kita sebagai manusia untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain... 







Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep Ramadan itu sendiri. Dan adakah anda tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?

Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al  A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.

Admin sedar anda membayar dengan sejumlah wang yang besar untuk juadah tersebut, namun jangan jadikan ia tiket untuk melakukan pembaziran. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan dan semoga Ramadan ini akan dapat  membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin. 

Sekali lagi admin memohon maaf atas teguran admin ini... tiada niat terselindung di hati admin melainkan cuma menegur dengan keikhlasan hati kepada saudara saudari sekalian... Dan ingatlah akan sabda Nabi Muhamad SAW, “Lawanlah nafsu makanmu dengan menahan lapar dan dahaga kerana ganjaran pahalanya sama seperti berjihad di jalan Allah. Tidak ada pengabdian yang lebih besar kepada Allah daripada menahan lapar dan dahaga.”

Wassalam.......

No comments: